Kamis, 27 September 2012

mengenal alat musik

Alat Muzik Modern Dan Tradisional

Accordion

Accordion alat muzik berbentuk kotak daripada keluarga bellow-driven free-reed aerophone kadang kala di rujuk sebagai squeezebox (kotak picit). Bunyi accordion datang dari udara yang dimampat & dikembang mengguna bellow semasa butang atau key ditekan menyebabkan udara bergerak & menggetarkan strip besi (reed) mengeluarkan bunyi dari dalam badan alat muzik itu. Prinsip nya sama seperti alat & nama purba harmonikos --harmonika Greek bermaksud music. Accordion, alat muzik biasa diguna dalam muzik folk (rakyat) & tradisional Eropah & seluruh dunia. Ia juga tergolong dalam keluarga Sheng & Khaen di china & Indochina (Asia timur). (yg menyerupai sompoton & seruling dayak). Bentuk asal accordion dicipta di Berlin 1822 oleh Christian Friedrich Ludwig Buschmann, Pada abad ke 19 accordion mula sampai ke India menjadi alat muzik harmonium India & asia tenggara dibawa orang Eropah & perlahan-lahan meresap masuk kedalam permainan muzik tradisi tempatan. seperti joget, zapin & dondang sayang.


 Watch European accordion player



---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Fender Electric Guitar



 Fender Stratocaster (stretokeste) solid body series tahun 1960-an. Badan diperbuat kayu keseluruhan, neck head dibentuk mengikut neck head Violin Stradivarius





-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
The Shadows
Fender Musical Instrument Corporation di Scottsdale, Arizona pembuat gitar jenama Fender di asas kan oleh orang Amerika Leo Fender pada 1946. Dia yang memulakan gitar elektrik solid body (badan keras) seperti Stratocaster & Telecaster. Dia juga men-design gitar elektrik bass yang berjaya dari segi pemasaran & terkenal dalam muzik rock,jazz, country,Motown,funk&banyak lagi. Antara pemain gitar international yang menggunakan gitar Fender - Jimi Hendrix, Ritchie Blackmore, Yngwie Malmsteen, Waylon Jennings, Kurt Cobain, George Harrison, John Frusciante, Keith Richards, Bruce Springsteen, Hank Marvin, Eric Clapton, Mark Knopfler, David Gilmour & banyak lagi lah. Gitar badan keras (solid body) menjadi inspirasi kepada company lain men-design gitar mereka seperti Kramer, Washburn, Ibanez, Hohner & banyak lagi lah Company di seluruh dunia tak larat nak hitung, kau orang lah yang pergi kira jumlahnya semua.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Di Malaysia M.Shariff ialah seorang Fender Man. M.Shariff penyanyi Pop Yeh Yeh di beri pengiktirafan antarabangsa Syarikat Fender kerana penggunaan gitar jenama Fender oleh penyanyi rentak 60an itu bersama-sama banyak lagi Fender Man di seluruh dunia. "Fender" jenama gitar bukan kata nama ganti untuk gitar.


M.Shariff & The Zurah




---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Click link di bawah terus ke website gitar


http://www.ibanez.com/ElectricGuitars/home

http://www.fender.com/#/new-pawn-shop-series

http://gibsonlespaul.net/

http://www.kramerguitars.com/

http://en.wikipedia.org/wiki/Gibson_Flying_V

http://www.rickenbacker.com/


Ada banyak lagi company-company gitar elektrik & acoustic di seluruh dunia.


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Di luar sana, di semua 195 negara seluruh dunia terdapat lebih kurang 100 juta alat muzik gitar & terdapat lebih kurang 50 juta (50,000,000) pemain gitar professional dari semua jenis muzik ada di seluruh dunia. (Penduduk dunia- 6 billion.) Wah, banyak tu, itu belum di kira mereka yang sebagai hobi. penduduk Malaysia Cuma 27,467,837juta orang. Kalau semua pemain gitar seluruh dunia datang ke Malaysia, sesak lah negara Malaysia. Nasib baik semua pemain gitar tu bermain di negara mereka sendiri. Semua pemain gitar itu tidak belajar dari Yngwie Malmsteen, kerana masing-masing ada idola mereka sendiri, Tak kan muzik country nak belajar mainan gitar Yngwie Malmsteen pula ye? kalau tak percaya bawa kaki kamu jalan naik airplane keluar negara & tengok selidik sendiri semua 50 juta pemain gitar di 195 negara itu. He, he. Jangan marah pakcik & makcik juga anak-anak semua.....

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Seorang pemuzik atau pendengar lagu tempatan mungkin tahu setiap aspek dalam permainan muzik atau muzik moden yang didengarnya adalah ke-barat-an. Walaupun mungkin dia belajar dari mendengar muzik moden artis tempatan tetapi artis tempatan itu juga mendengar & belajar dari artis barat. Chord gitar ciptaan barat, bunyi rock gitar dari barat, scale muzik dari barat, bass line dari barat, pukulan beat drum 4/4, 2/4, 3/4 juga dari barat. Piano dari barat, keyboard dari barat, riff gitar barat inpirasi barat juga. Style nyanyian rock & pop baru atau lama juga kebaratan. Cuba kamu bayangkan kalau semua benda tu tak ada. Terpaksa lah kita bermain atau mendengar lagu tradisional yg tidak ada langsung unsur barat di dalam nya. Ini mungkin tak akan ada yang faham.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------


 Effect dipakai pemain guitar 1980-an hingga 1990an.

Boss distortion DS-1
BigMuff distortion
Jim Dunlop wah-wah pedal
Digitech Whammy pedal
Compression sustainer

DS-1
Tahukah kamu kenapa bunyi gitar distortion menjadi bertambah extreme (melampau) hari ini. Pemain gitar 1980an yang membesar dari zaman kanak-kanak mendengar lagu hard rock classic 60 & 70an belajar dari piring hitam, radio atau cassette. Bunyi gitar di radio kedengaran berat kerana ia dimain bersama gitar bass. Pemain gitar muda menambah tone bass & treble kerana mereka menganggap begitulah bunyi seperti kedengaran di speaker radio. Maka begitulah bermulanya sound gitar rock baru pada awal 1980an di amerika & eropah yang menjadi lebih berat. Ada yang bermain dengan mencampur distortion dari gadget dengan distortion di amp sekaligus. Ada yang bermain di campur compression sekaligus menyebabkan gitar lebih senang & lancar dimain. Pengeluaran gadget distortion baru juga mengikut perkembangan baru ini. Band metal generasi baru Amerika & Eropah juga belajar & berlatih dengan mendengar lagu lagu rock & punk classic dari semasa mereka kanak-kanak, bunyi gitar mereka menjadi lebih lah berat.


 Marshall stack amp




Fender amplifier












Peavey amplifier

Peavey stack










Eddie Van Halen & 5150 Peavey













---------------------------------------------------------------------------------------------------------------



---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ada mereka yang tidak tahu dari mana asal nya muzik rock juga pop (muzik moden) di Malaysia & Indonesia yang mereka dengar diradio& TV dalam rumah mereka atau dimana. Kesemua pemuzik & penyanyi rock atau pop di Malaysia, Indonesia, Singapura, Filipina, Thailand atau di seluruh Asia mendapat pengaruh & inspirasi bermain muzik moden daripada muzik moden Amerika & Eropah. Ini memang di akui mereka sendiri. Kalau tak percaya cuba kau orang pergi jalan sendiri & tanya siapakah idola atau yang memberi pengaruh kedalam permainan & nyanyian pemuzik Malaysia & Indonesia. Sudah tentu mereka akan menjawab pemuzik & penyanyi dari barat. Kecuali muzik tradisional yang dimodenkan, 90% muzik moden tempatan dinegara tersebut adalah berunsur kebaratan. Dimainkan mengguna alat muzik barat, mengikut susunan scale muzik barat, rentak barat & imej pun mengikut penyanyi barat.
Telinga manusia boleh mendengar lebih dari 1500 tone muzik

Muzik yang dimain pemuzik & penyanyi di negara tersebut seperti rock, jazz, r&b, hip hop, punk, alternative, pop, ska, reggae, metal, atau apa saja lah yang dikaitkan dengan muzik barat. Walau pun begitu, karya muzik tempatan tidak lari dari 5% hingga 10% unsur-unsur etnik & budaya tempatan. Ada juga muzik seni tradisi yang dimodenkan (di masuk element barat). Seperti genre 'Irama Malaysia'. Yang di maksudkan ialah penggunaan alat muzik barat seperti violin, accordion, drum, gitar & keyboard juga latar muzik orchestra untuk muzik berkenaan. Jangan lah dipersoal siapa belajar dari siapa yang penting muzik tempatan boleh menjadi sebaik muzik barat & boleh diterima oleh pendengar luar negara. Kalau tidak tahu asal usul boleh cari & selidik sendiri info di buku, internet atau lebih elok "pergi melihat sendiri" kerana terdapat lebih 6,000,000 juta penyanyi di semua 195 negara seluruh dunia.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Gitar terbesar di Bristol, Tennessee, USA
Gitar atau Guitar ialah alat muzik paling popular dalam dunia. Dimana-mana sahaja kita boleh melihat orang bermain gitar. Gitar juga terdapat dalam berbagai rupa & bentuk samada gitar kayu atau elektrik.


Festival guitar di USA.
Terdapat lebih kurang 50,000,000 juta orang yang bermain gitar di dalam dunia. penduduk Malaysia hanya berjumlah 27,467,837 orang sahaja. Bagaimana kalau semua orang dalam dunia yang bermain gitar itu datang ke Malaysia, mesti sempit punya, mana nak letak dia orang semua.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Guitar - Gitar


Oud Arab
Lute Eropah abad ke 15













Orang Kastilang tidak mempengaruhi muzik moden dunia. Mereka juga tidak menyumbang kepada perkembangan sejarah muzik moden. Gitar alat muzik cordophones sejak zaman purba. Perkataan English-guitar,German-gitarre,­France-guitare,Sepanyol-guitar­ra dating dari Arab Andalucian-Qitara semuanya diambil dari perkataan Latin- Cithara yang datang dari Greek purba-kithara juga adalah turun temurun dari pada bahasa Parsi lama (purba) Tar yang bermakna string (tali). Gitar (cithara) bukanlah juga berasal dari alat muzik asli Rom. Pengaruh oud orang moor semasa penaklukan ke atas semenanjung Iberia (Hispania) pada abad 8 & pengaruh alat lute 6 string orang scandinavia di negara takluk orang Viking di seluruh Eropah yang memungkinkan penciptaan gitar, alat bertali yg dipetik diseluruh Mediterranean & Eropah, terkenal & mashyur di Iberia semenjak zaman medieval. 2 alat itu dipanggil guitar diguna sepanjang thn 1200: guitarra moresca (gitar moor) & guitarra Latina (gitar Latin).

Vihuela
"Vihuela" Sepanyol alat bentuk seperti gitar abad 15 & 16 dikatakan yang mempengaruhi perkembangan gitar. Vihuela yang dipetik berkembang pada pertengahan abad ke 15 di Kerajaan Negara Aragon (Kingdom Of Aragon atau Castilla La Aragon) terletak ditimur laut Sepanyol. Alat itu dipanggil viola da mano di Italy & Portugal. Ada Vihuela yang digesek berkembang menjadi viola. Di seluruh Eropah pada masa itu lute (loot) menjadi alat muzik utama yang seiras & dekat dengan oud orang moor (arab afrika utara). Perkataan viola itu sendiri adalah dari vihuela. Dari alat muzik 'tar'tamadun orang Parsi (sumeria, akkadia & Mesopotamia) alat muzik bertali purba itu berkembang menjadi kitharra Greek, oud Arab di barat & sitar,setar juga tanbur di Asia tengah & India. Sila lah kamu selidik apa yang orang dah selidik ratusan dahulu apa-apa yang berkenaan dengan gitar atau guitar. Type je Guitar/oud/lute/citharra&vihue­la.





Lihat video lute Eropah terawal & penyanyi di zaman pertengahan (medieval) dan juga Vihuela alat muzik gitar terawal.  

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Orchestra

Orchestra Bamboo dari Jepun
Orchestra -- sekumpulan besar himpunan alat-alat muzik yang mengandungi bahagian string, brass,woodwind, & alat percussion. Istilah orkestra (orchestra) asalnya dari perkataan Greek nama kawasan didepan pentas Greek purba yang disediakan untuk Greek chorus (penyanyi latar & pemuzik). Orkestra menjadi berkembang menjadi sepanjang abad ke 18 & 19, tetapi sedikit pertukaran dari segi komposisi semasa abad ke 20. Saiz orkestra kecil (50 atau kurang sikit dipanggil "chamber Orchestra" ataupun "orchestra" sahaja). Saiz penuh (100 pemain) dipanggil "symphony orchestra" atau "philharmonic orchestra". Perubahan ini tidak semestinya menunjukkan kelainan peranan orkestra tetapi berguna untuk membezakan himpunan (ensemble) dibandar yg sama seperti London Symphony Orchestra & London Pilharmonic Orchestra. Satu kumpulan besar mengandungi alat-alat muzik tradisional juga boleh di panggil orchestra.

Symphony atau philharmonic orchestra


John Williams seorang komposer terkenal untuk soundtrack filem. Dia juga lah yang mengarang lagu untuk filem seperti Jurassic Park, Jaws, Indiana Jones & Harry Potter. 

John Williams

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Synthesizer Keyboard

Synthesizer terawal 1960-an
Muzik Pop moden banyak menggunakan peralatan keyboard synthesizer. Mungkin kamu pernah mendengar piano di mainkan dalam lagu pop & mungkin kamu pernah melihat bunyi piano atau alat muzik string dimainkan dari keyboard synthesizer. (kalau tak pernah, pergilah tengok diluar sana dimana ada tempat orang buat persembahan bermain alat muzik). Kemungkinan besar bunyi itu datang dari keyboard synthesizer menyerupai bunyi piano acoustic hanya sedikit perbezaan ia lebih terang & sharp tone. Bunyi alat muzik string (violin ensemble) & brass (alat tiupan angin -- trumpet,horn) pun boleh dimain dari keyboard synthesizer. Begitu juga bunyi percussion (drum,cymbal) & juga bunyi ganjil yang tidak terdapat pada alat muzik lain & juga bunyi-bunyian organ. Synthesizer atau synth alat elektrik boleh mengeluarkan bunyi dengan menjana isyarat elektrik pelbagai frequency.

Isyarat elektrik ini kemudian di mainkan melalui speaker. Synthesizer boleh mengeluarkan julat bunyi yg luas, samada menyerupai bunyi alat muzik yang betul, atau mengeluarkan bunyi timbre (tone quality & tone colour). Keyboard synthesizer bukan alat muzik gitar. Tetapi ia juga boleh mengeluarkan bunyi menyerupai alat muzik bertali. Satu set alat muzik moden seperti gitar, bass, drum, string & wind instrument boleh dimainkan dengan menggunakan hanya satu keyboard synthesizer atau Digital Sound Processor keyboard melalui protokol MIDI (Musical Interface Digital Interface) yg membolehkan Synthesizer, mesin drum synthesizer elektrik, computer, MIDI controller, sound card, sampler menyelaras sesama sendiri. Cuba kamu sendiri google & cari sejarah synthesizer di wikipedia, kamu akan membaca bagaimana ia digunakan secara meluas pada 1970an yg perlahan-lahan menggantikan organ.

Tahun 1980an keyboard synthesizer diguna secara meluas selaras dengan perkembangan teknologi elektronik. Muncul band yang memainkan muzik disco (synth pop & techno) secara elektronik keseluruhan seperti Depeche mode, Devo, Bellville Three, Giorgio Moroder, Cybotron & banyak lagi. Alat Synthesizer juga digunakan mengiring penari breakdance, & rakaman lagu lagu Rap. Muzik Jazz, R&B, Pop, hip hop, Rock, Metal atau apa apa saja lah mendapat manfaat dari perkembangan teknologi synthesizer (keyboard) kerana bunyi satu set orkestra (40 -- 60 alat muzik acoustic atau muzik elektrik) boleh dimainkan hanya dengan memainkan beberapa keyboard synthesizer. Pemain keyboard Synthesizer -- Kitaro (lagu Matsuri, bunyi synthesizer menyerupai bunyi flute), Stevie wonder, John Lord (Deep Purple) & banyak lagi lah pemain keyboard berjuta-juta banyak nya hingga tak terkira. Terpulang pada anda sahaja kalau berminat nak tengok dia orang bermain muzik. Pernahkah kamu mendengar bunyi Organ? Ada bunyi organ dalam lagu terbaru Avril Lavigne bertajuk "What The Hell (apa sudah terjadi? & Siapa buat benda bodoh ni- maksud tajuk lagu ni)

Ini lah benda yang panggil Synthesizer keyboard
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Organ




  
Organ berkuasa air pada zaman Rom










 Binaan paip besi yang mengeluarkan bunyi dari organ berkuasa udara  >






keyboard untuk pipe organ
Organ (perkataan Greek bermaksud "alat") ialah alat muzik berpapan nada (keyboard instrument) terdiri dari beberapa division, setiap satu dipunyai satu papan nada (keyboard) dimainkan dengan tangan atau kaki. Organ alat lama dimainkan dalam Tradisi muzik barat bertarikh dari masa 285-222 BC Ctesibius of Alexandria (pencipta hydraulic). Pada sekitar abad ke 8, ia menjadi muzik iringan dalam perlawanan Gladiator, & mendapat tempat kekal di rumah ibadat. Organ paip hari ini ialah turunan dari organ purba itu. Angin di tiup kedalam paip menggunakan pump (seperti accordion) tetapi dalam bentuk & bunyi yang besar. Reed organ & harmonium jenis yg dimainkan sebelum terciptanya organ electric. Kecil seperti piano kecil, murah & mudah di bawa ke mana-mana tidak seperti organ paip yg besar.

Hammond organ
Chord organ dicipta oleh Laurens Hammond tahun 1950. Sejak 1940an organ elektrik kecil boleh diperolehi yang bunyinya sama seperti organ berpaip kemudian menjadi permulaan kepada alat muzik keyboard moden. Tahun 1960an-1970an organ menjadi alat popular kumpulan muzik Pop & Rock pada masa itu seperti The Doors, Led Zeppelin, Deep Purple, Iron Butterfly & banyak lagi. Ada juga rakaman alat organ dalam muzik Pop & pop tradisional Malaysia pada tahun 1960-an & 1970-an. Hari ini bunyi organ boleh dimainkan dari Keyboard Synthesizer yang menggunakan Digital Sound Processor didalam atau Sound Sampler dalam hardware keyboard. Alat keyboard moden hari ini boleh mengeluarkan pelbagai bunyi seperti alat windwood, reed, brass, string & percussion yang menyerupai bunyi alat sebenar.


Rock n Roll Fender organ 1960's
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Flute & Seruling

 Ada pelbagai jenis flute modern. - Alto flute, bass flute, F-flat flute & piccolo flute  ^

Flute puba daripada tulang
Alat muzik tiupan angin seperti flute (sebutannya "floot") atau seruling adalah paling tua didunia & terdapat diseluruh dunia. Satu flute purba berusia antara 43,400 hingga 67,000 tahun telah dijumpai di Wilayah Slovenia dan dinamakan Divje Babe Flute di perbuat dari tulang. Flute tulang mammoth & swan pula telah dijumpai arkeologi German berusia 30,000 tahun. Bukti arkeologi alat muzik dijumpai di perkuburan raja bandar Ur di Sumeria seperti lyres, harp, sistra, cymbal & alat tiupan angin flute diperbuat dari perak.


Seruling bambu
ciptaan tersendiri maksudnya ada flute yang dibuat tanpa dipengaruhi oleh pengaruh luar. Muzik flute tradisi dimainkan mengikut style tempat asal ia dibuat. Bunyi flute adalah alat muzik yang menghiburkan generasi sebelum datuk & nenek moyang kita ribuan tahun lamanya. Sebagaimana pada hari ini kita mendengar muzik dari TV, radio & MP3player, alat muzik flute telah menghiburkan generasi sebelum kita berpuluh-puluh ribu tahun lamanya yang hidup berpindah randah (nomad).



Lihat video tiupan flute dari pemuzik di kepulauan British, Eropah
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Alat muzik woodwind





Pemain flute

Brass section-Trumpet, Horn & Tuba >

Alat muzik angin (wind instrument) adalah alat muzik yang mengandungi satu jenis resonator biasanya "tube" di mana aliran udara di tetapkan untuk bergetar oleh tiupan pemain kedalam mouthpiece yang ditetapkan di hujung resonator. Pitch getaran di tentukan oleh kepanjangan tiub (tube) & secara modifikasi pemain alat tiupan. Ada beberapa wind instrument (alat muzik tiupan angin) yang menggunakan reed untuk menggetar bunyi & ada juga yang memerlukan bibir pemain di buzzing (digetar) kedalam mouthpiece.

 Alat tiupan angin terbahagi dua kumpulan-
Brass (alat tiupan diperbuat dari tembaga+besi alloy)
Woodwind (diperbuat dari kayu atau bamboo)

Alat muzik tiupan angin tanpa menggunakan reed ialah seperti flute & recoder.
Alat muzik tiupan angin (lip reed) yang menggunakan getaran bibir pemain ialah trumpet, horn & tuba.
Terdapat juga alat tiupan angin tradisional asia tenggara seperti tumpong, kalaleng, pulalu & palendag dari Filipina. Suling atau seruling bambu dari Indonesia & Malaysia.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tidak ada komentar:

Posting Komentar